Perihal emas

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, masih lagi bernafas pada raya kedua ni 26/6/2017 bersamaan Isnin 2 Syawal 1438 Hijrah.

Aku nak tulis sikit pasal sesuatu. Aku masih naif lagi pasal emas ni. Cuma alhamdulillah dah diizinkan Allah untuk membuat keputusan untuk melabur dalam syarikat Public Gold sdn bhd (PG). Harap harap duit aku tak melebur la.

Pasal syarikat ni aku masih lagi samar samar. Tak ada kepastian samada ada dapat lesen dari Bank Negara Malaysia untuk menjalankan urusan pelaburan berkaitan dengan emas. Cuma yang aku pasti, pihak PG ni membenarkan pelabur ni menyimpan dari sekecil 0.5 gram sehingga tidak terhad selagi ada duit.

Mungkin tak banyak aku simpan, tapi aku perlu dapatkan kepastian dan kesahihan syarikat ini dulu kalau nak meneruskan simpanan emas bersama PG ni. Naik turun emas kalau ikut member aku cakap ni, mengikut situasi semasa:
1. Ekonomi global
2. Politik
3. Harga minyak naik atau turun.
4. Dan lain lain yang aku tak pasti

Minggu lepas, harga emas susut sikit iaitu RM187/gram. Aku mula masuk aritu Rm190/gram. Yang aku tau, harga PG lebih murah dari harga di kedai emas yang jual. Dengar kata, kedai emas jual mengikut persetujuan persatuan pekedai emas Malaysia. Entoh la guane pun. Yang penting kena tau dulu syarikat ni guane crite. Sesape nak tau pasal syarikat ni boleh tgk di https://publicgold.com.my.

Insyallah, aku akan usahakan untuk ke syarikat ni di Kuantan. Cepat atau lambat, wallahuaklam

Adios
Moga Allah terus merahmati kita
Assalamualaikum

Comments