Posts

Showing posts from September, 2017

Berhenti Merokok

“Apakah yang berlaku pada badan kita apabila kita berhenti merokok?” atau “Apakah manfaat yang anda dapat apabila anda berhenti merokok?” Sebenarnya dalam masa 20 minit sahaja anda akan mula merasai manfaat apabila anda berhenti merokok. Dibawah ini adalah kesan atau kebaikan yang akan berlaku di tubuh anda mengikut tempoh masa selepas anda mula berhenti merokok. ~ 20 Minit Selepas Anda Berhenti Merokok Kesan berhenti merokok akan berlaku dengan serta-merta. Kurang daripada 20 minit selepas rokok terakhir anda, kadar jantung anda akan mula kembali ke tahap normal. ~ 2 Jam Selepas Anda Berhenti Merokok Selepas dua jam tanpa rokok, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan menurun kepada hampir paras normal. Peredaran di tubuh anda mungkin juga bertambah baik. Hujung jari dan jari kaki anda mungkin mula berasa panas. Gejala-gejala proses pengeluaran nikotin daripada tubuh biasanya bermula kira-kira 2 jam selepas rokok terakhir anda. Gejala awal adalah seperti: • Keinginan kuat