Pelaburan Emas siri 2

Assalamualaikum w.b.t
Jika sebelum ni aku tulis pasal syarikat yang boleh kita labur iaitu public gold, Maybank Gold dan CIMB gold, kali ni pasal cara pelaksanaan pelaburan emas ketiga -tiga syarikat tu.

1. Public Gold
A. Emas fizikal

B. Anda masuk duit dalam akaun, pilih berapa gram nak dan boleh dapatkan emas bentuk fizikal atau bior je dalam akaun.

C. Harga, agak mahal sikit. Lebih kurang dalam RM10-RM20 dari jualan oleh Maybank dan CIMB

D. Boleh digadai kat Pos Malaysia, ar rahnu, dan beberapa syarikat lagi (rujuk pada laman web mereka)

E. Patuh Syariah sebab anda bayar anda dapat keluarkan emas.

2. Maybank Gold dan CIMB Gold
A. Akaun pelaburan

B. Anda bayar tapi "on paper" je la. Dicatatkan berapa jumlah gram yang anda beli tapi emas tidak diberikan.

C. Harga, murah dari public gold.

D. Takde emas fizikal, nak gadai kat mana? Kat pihak bank sendiri la.

E. Patuh syariah? Rasanya dok kot. Sebab emas takde diberikan dan takleh dikeluarkan dari simpanan.

Kesimpulannya, korang nak melabur, pastikan pada tempat yang betul. Jangan nak mengada melabur kat tempat yang diragui. Ada beberapa kes pihak ketiga yang bikin pelaburan emas tertangguh, yang mana melibatkan nilai jutaan ringgit hangus tersontot. Putih mata je la.

Ni adalah pendapat aku sendiri. Tidak ada kena mengena dengan orang yang mati atau yang masih hidup

Comments